Kalau saya tidak silap, saya mula-mula melawat ke luar negeri, iaitu ke Indonesia pada tahun 1989. Saya menyertai rombongan pelajar dari UPM melawat Jakarta, Bandung dan Ceribon. Saya dapat menyertai rombongan ini atas ajakan kawan saya Abdul Rahim (sekarang Doktor) seorang pensyarah UPM, yang kini telah bersara. Saya pergi bersama isteri saya Maimunah. Memang banyak pengalaman yang menarik dalam lawatan ini. Nanti saya nyatakan dalam tulisan akan datang.
No comments:
Post a Comment